Selamat Datang Ke Laman Sesawang SMK Aminuddin Baki Johor Bahru.Kami Mengalu-alukan Kunjungan Anda.Selamat Melayari Laman Sesawang Ini.....


Pada 07 Ogos 2010 yang lepas,pihak SMK Aminuddin Baki Johor Bahru mengadakan program Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-53. Perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Hajah Syam Binti Haron,Pengetua SMK Aminuddin Baki Johor Bahru.Pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan ini.Antaranya ialah pertandingan melukis poster,kuiz,sajak,syair,koir dan sebagainya.Diharapkan seluruh warga SABJB dapat menyertai pertandingan yang akan diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan kemerdekaaan pada tahun ini.

Last Updated ( Wednesday, 11 August 2010 11:59 )

 

 

Setelah dua minggu pelajar-pelajar SABJB bercuti,kini tiba masanya untuk kembali semula ke sekolah.Semoga semester yang baru ini menjadikan para pelajar lebih bersemangat dalam menghadapi pelajaran dan sekaligus mencapai keputusan dalam peperiksaan dengan cemerlang terutama kepada pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan awam PMR,SPM dan STPM.Bersama-samalah kita berusaha demi mencapai kecemerlangan diri,sekolah dan negara.

" Belajar , Berilmu , Berbakti "

Last Updated ( Saturday, 26 June 2010 13:14 )

 
Unit ICT SMK Aminuddin Baki Johor Bahru ingin mengucapkan selamat bercuti kepada para pelajar SMK Aminuddin Baki JB.Semoga cuti ini dipenuhi dengan aktiviti yang bermanfaat dan janganlah disia-siakan begitu sahaja.Kepada pelajar-pelajar tingkatan 4,teruskan membuat ulangkaji pelajaran kerana peperiksaan pertengahan untuk tingkatan 4 akan disambung sebaik sahaja tamat cuti penggal ini.Semoga anda semua memperoleh keputusan yang cemerlang.

Last Updated ( Friday, 11 June 2010 02:28 )

 

Pada 17 Mei 2010 yang lepas,SMK Aminuddin telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah.Sambutan tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Puan Hajah Syam Binti Haron,Pengetua SMK Aminuddin Baki Johor Bahru.Majlis perasmian tersebut telah dibuka dengan persembahan gimik daripada pelajar.

Last Updated ( Friday, 21 May 2010 20:43 )

+ Baca Selanjutnya +

 

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Last Updated ( Tuesday, 11 May 2010 21:08 )

 

Pada 03 April 2010 yang lepas,pihak SMK Aminuddin Baki Johor Bahru telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang 2010 dan Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-37.Majlis tersebut telah bermula pada pukul 8.00 pagi di Dewan Terbuka SABJB dan telah dirasmikan oleh Encik Azlan Wakil Rasmi YB Datuk Nurjazlan Bin Tan Sri Mohamed,Ahli Parlimen Pulai.

Last Updated ( Tuesday, 11 May 2010 21:10 )

+ Baca Selanjutnya +

 
Pengumuman

Aktiviti Bulan Ogos :

7 Ogos 2010 :

Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SABJB

12- Ogos 2010 :

Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia

11 Ogos 2010 :

Cuti Awal Ramadhan 1431 H / 2010 M

Ucapan :

- Kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki Peperiksaan Percubaan Setara SPM,selamat menjawab dan bersungguh-sungguhlah ketika menjawab soalan tersebut.

- Selamat Menjalani Ibadah Puasa Dibulan Ramadhan Al-Mubarak Yang Mulia Ini. Semoga kita sama-sama Diberkati Oleh Allah S.W.T.

Peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) :
[05 Oktober 2010]

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) :
[22 November 2010]

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) :
[22 November 2010]
Muat Turun PIPP
Pautan Pendidikan
Akhbar Online
Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup