Tinta Pengetua
|
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi dan sekalung tahniah kepada semua guru terutama guru - guru ICT kerana dengan izin-Nya, Laman Sesawang Rasmi SMK Aminuddin Baki telah terhasil dengan jaya dan cemerlang. Usaha murni ini diharapkan menjadi inspirasi dan perangsang warga sekolah bagi mencipta kejayaan demi kejayaan dalam pelabagai bidang. Dalam era dunia tanpa sempadan dan perkembangan teknologi yang semakin pesat, setiap pelajar perlu berwawasan, berketrampilan dan berdaya saing, berfikiran kritis dan mempunyai jati diri yang teguh agar dapat bersaing bukan sahaja dalam Negara malah juga di persada antarabangsa. Oleh itu, setiap pelajar perlu mempunyai keazaman yang kuat dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu agar menuju ke hadapan dan tidak ketinggalan. Pelajar-pelajar perlu berfikiran positif dan sentiasa sedia untuk berubah ke arah kebaikan selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat berminda kelas pertama. Akhir kata, saya yakin dan percaya setiap warga SMK Aminuddin Baki Johor Bahru sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi sekolah ini dalam pelbagai bidang. Sekian. Terima kasih. Puan Hajah Syam Binti Haron Pengetua SMK Aminuddin Baki, Johor Bahru |
|
|















