Selamat Datang Ke Laman Sesawang SMK Aminuddin Baki Johor Bahru.Kami Mengalu-alukan Kunjungan Anda.Selamat Melayari Laman Sesawang Ini.....


Pada 17 Mei 2010 yang lepas,SMK Aminuddin telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah.Sambutan tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Puan Hajah Syam Binti Haron,Pengetua SMK Aminuddin Baki Johor Bahru.Majlis perasmian tersebut telah dibuka dengan persembahan gimik daripada pelajar.

Sambutan pada tahun ini boleh disifatkan sebagai sederhana tetapi meriah.Tema peringkat sekolah pada tahun ini ialah "Back To School" atau "Kembali Ke Sekolah" di mana para guru mengenakan pakaian sekolah di samping mengimbau kembali nostalgia semasa berada di sekolah dahulu.Majlis sambutan tersebut berjalan dengan lancar iaitu disebelah paginya,persembahan pelajar dan guru telah dipertontonkan dan kemudiannya majlis diteruskan dengan acara permainan sukaneka.Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Aminuddin Baki JB berakhir pada jam 1.15 tengah hari.

Last Updated ( Friday, 21 May 2010 20:43 )

Pengumuman

Aktiviti Bulan Ogos :

7 Ogos 2010 :

Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SABJB

12- Ogos 2010 :

Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia

11 Ogos 2010 :

Cuti Awal Ramadhan 1431 H / 2010 M

Ucapan :

- Kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki Peperiksaan Percubaan Setara SPM,selamat menjawab dan bersungguh-sungguhlah ketika menjawab soalan tersebut.

- Selamat Menjalani Ibadah Puasa Dibulan Ramadhan Al-Mubarak Yang Mulia Ini. Semoga kita sama-sama Diberkati Oleh Allah S.W.T.

Peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) :
[05 Oktober 2010]

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) :
[22 November 2010]

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) :
[22 November 2010]
Muat Turun PIPP
Pautan Pendidikan
Akhbar Online
Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup