Majlis Anugerah Cemerlang Dan Mesyuarat Agung PIBG Ke-37 SMK Aminuddin Baki Johor Bahru
Pada 03 April 2010 yang lepas,pihak SMK Aminuddin Baki Johor Bahru telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang 2010 dan Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-37.Majlis tersebut telah bermula pada pukul 8.00 pagi di Dewan Terbuka SABJB dan telah dirasmikan oleh Encik Azlan Wakil Rasmi YB Datuk Nurjazlan Bin Tan Sri Mohamed,Ahli Parlimen Pulai.
Majlis tersebut telah berjalan dengan lancar.Tetamu jemputan telah diraikan dengan paluan kompang dan perarakan bunga mangga.Kemudian Puan Pengetua telah menyampaikan ucapan dan membacakan analisis prestasi kecemerlangan sekolah.Seterusnya ucapan perasmian telah disampaikan oleh Encik Azlan,Wakil Rasmi YB Datuk Nurjazlan Bin Tan Sri Mohamed.Dalam ucapan beliau,Encik Azlan telah menyampaikan amanah sumbangan daripada YB Datuk Parlimen Pulai sebanyak RM 3000 kepada pihak sekolah.Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar oleh semua pelajar SABJB yang akan menduduki peperiksaan PMR,SPM dan STPM yang diketuai oleh Saudara Muhammad Fakhruddin Bin Rosdi,pelajar Prauniversiti Atas 2 merangkap Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti SMK Aminuddin Baki JB.Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Wakil Rasmi Datuk Parlimen Pulai dan warga SABJB yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis yang bermakna ini.
Last Updated ( Tuesday, 11 May 2010 21:10 )















