Selamat Datang Ke Laman Sesawang SMK Aminuddin Baki Johor Bahru.Kami Mengalu-alukan Kunjungan Anda.Selamat Melayari Laman Sesawang Ini.....


Pada 29 Januari 2010 yang lepas,pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki Johor Bahru telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah atas Kemangkatan DYMM Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail,Sultan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim.Majlis tersebut telah diketuai oleh Ustaz Mohd Kamal.Majlis tersebut diadakan dalam waktu membudayakan Al-Quran iaitu bermula jam 7.20 pagi hingga 8.00 pagi.Warga SABJB mendoakan agar Roh Almarhum DYMM Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.Jasa dan budi Tuanku selama Tuanku mentadbir negeri Johor yang permai ini akan kami sanjung serta kenang sampai ke akhir hayat kami.Sama-samalah kita hadiahkan bacaan Al-Fatihah  Ke Atas Almarhum Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail,Sultan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim.Al-Fatihah.

Last Updated ( Monday, 01 February 2010 21:01 )

Pengumuman

Aktiviti Bulan Ogos :

7 Ogos 2010 :

Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SABJB

12- Ogos 2010 :

Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia

11 Ogos 2010 :

Cuti Awal Ramadhan 1431 H / 2010 M

Ucapan :

- Kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki Peperiksaan Percubaan Setara SPM,selamat menjawab dan bersungguh-sungguhlah ketika menjawab soalan tersebut.

- Selamat Menjalani Ibadah Puasa Dibulan Ramadhan Al-Mubarak Yang Mulia Ini. Semoga kita sama-sama Diberkati Oleh Allah S.W.T.

Peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) :
[05 Oktober 2010]

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) :
[22 November 2010]

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) :
[22 November 2010]
Muat Turun PIPP
Pautan Pendidikan
Akhbar Online
Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup