Selamat Datang Ke Laman Sesawang SMK Aminuddin Baki Johor Bahru.Kami Mengalu-alukan Kunjungan Anda.Selamat Melayari Laman Sesawang Ini.....


Sultan Johor

Warga SMK Aminuddin Baki Johor Bahru,Johor ingin menyembah takziah atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail pada hari Jumaat,22 Januari 2010 M bersamaan 6 Safar 1431 H pada jam 7.15 minit malam.Sesungguhnya pemergian DYMM pada hari yang sangat baik iaitu pada hari Jumaat yang menjadi penghulu segala hari adalah bukti kasih sayang Allah kepada baginda atas pemerintahan baginda yang adil dan mendahulukan rakyatnya.

 Keperihatinan DYMM Sultan Johor sangat diketahui oleh rakyat Johor sejak dahulu lagi dan sudah tentu pemergian baginda ini sangat ditangisi oleh sekalian rakyat Johor khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.Namun dengan pertabalan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar sebagai Sultan Johor yang baharu sudah pasti Negeri Johor akan berkekalan mendapatkan pemerintahan yang adil dan saksama.Semoga roh Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim dicucuri rahmat.Marilah kita bersama-sama menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada Almarhum Baginda Sultan.Al-Fatihah.

Last Updated ( Monday, 01 February 2010 21:04 )

Pengumuman

Aktiviti Bulan Ogos :

7 Ogos 2010 :

Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SABJB

12- Ogos 2010 :

Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia

11 Ogos 2010 :

Cuti Awal Ramadhan 1431 H / 2010 M

Ucapan :

- Kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki Peperiksaan Percubaan Setara SPM,selamat menjawab dan bersungguh-sungguhlah ketika menjawab soalan tersebut.

- Selamat Menjalani Ibadah Puasa Dibulan Ramadhan Al-Mubarak Yang Mulia Ini. Semoga kita sama-sama Diberkati Oleh Allah S.W.T.

Peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) :
[05 Oktober 2010]

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) :
[22 November 2010]

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) :
[22 November 2010]
Muat Turun PIPP
Pautan Pendidikan
Akhbar Online
Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup