Lawatan Pelajar Jepun Ke SMK Aminuddin Baki Johor Bahru
Pada 20 Januari 2010,SMK Aminuddin Baki Johor Bahru telah menerima beberapa orang pelawat dari Negara Jepun.Pelawat-pelawat tersebut terdiri daripada pelajar-pelajar dari sekolah tinggi negara tersebut.Pihak sekolah telah menyusun beberapa aktiviti dan persembahan kebudayaan bagi meraikan pelajar-pelajar dari negara matahari terbit itu.Antaranya ialah seperti persembahan kompang,persembahan silat,persembahan zapin,dan lain-lain.
Pelajar-pelajar dari negara Jepun tersebut sangat terhibur dengan persembahan-persembahan kebudayaan negara kita yang telah dipersembahkan oleh para pelajar SMK Aminuddin Baki Johor Bahru.Lawatan yang berlangsung hampir 3 jam itu diselitkan dengan aktiviti-aktiviti menarik seperti Kenali Makanan Malaysia,Memperaga Pakaian Malaysia,dan banyak lagi.Sesi bual mesra juga ada diselitkan dalam program lawatan tersebut.Tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa yang menguruskan program tersebut.Terima kasih juga kepada para pelajar dari sekolah tinggi Jepun atas kesudian melawat SMK Aminuddin Baki Johor Bahru ini.
Last Updated ( Friday, 22 January 2010 21:33 )














