Ceramah Motivasi Dan Hala Tuju Kerjaya Selepas SPM dan STPM
Selasa, 19 Januari 2010, suatu ceramah motivasi telah diadakan di dewan terbuka SAB anjuran unit kaunseling. Program yang bermula pada jam 9 pagi hingga 12.30 tengahari itu diadakan khas untuk bakal-bakal calon yang akan menduduki peperiksaan SPM dan STPM pada tahun ini, iaitu pelajar tingkatan 5 dan Pra-U Atas. Ceramah yang bertajuk "Panduan Untuk Mencapai Cita-cita Anda" tersebut telah disampaikan oleh En. Rahim Bin Haron, yang merupakan Ketua Unit Kaunseling IPG Tun Hussein Onn. Diharapkan kepada semua pelajar yang terlibat telah mendapat manfaat daripada apa yang telah disampaikan oleh beliau.
Last Updated ( Tuesday, 19 January 2010 14:23 )















