Logo Sekolah
Logo Sekolah

Lencana merupakan lambang kemegahan sesebuah sekolah. SMK Aminuddin Baki juga mempunyai lencana yang tersendiri seperti yang dapat dilihat di atas. Lencana berbentuk seperti perisai itu berdasarkan cogan kata "Belajar Berilmu Berbakti". Ini menunjukkan bahawa matlamat utama persekolahan ialah untuk mencari ilmu pengetahuan, sekaligus mendisipinkan diri sesuai dengan etika moral dan tatacara tingkah laku agar ia dapat digunakan untuk memperbaiki diri dalam masyarakat sekeliling dan negara amnya.
Bentuk perisai adalah melambangkan keteguhan semangat serta keutuhan setiap pelajar dalam menuntut ilmu serta tidak mudah dipengaruhi oleh anasir luar. Warna biru melambangkan suasana yang sentiasa bersefahaman antara guru dan pelajar dan juga semangat muhibbah bersatu padu di kalangan pelajar yang terdiri daripada berbagai bangsa dan keturunan.
Warna kuning yang melintangi biru melambangkan setiap jentera sekolah sentiasa taat setia dan patuh di bawah pemerintahan beraja dan juga perlembagaan negara ini.
Huruf SAB yang menguncup ke atas membawa nama Sekolah Aminuddin Baki yang mempunyai satu tujuan di bawah satu bumbung.
Rotor, pokok padi, buku dan jarum melambangkan keempat-empat mata pelajaran vokasional yang terdapat di sekolah iaitu Seni Perusahaan, Sains Pertanian, Perdagangan dan Ekonomi Rumah Tangga. Ini bermakna sekolah ini bukan sahaja mengajar dalam bidang akademik tetapi juga bidang kemahiran sejajar dengan perkembangan teknologi moden hari ini.
Last Updated ( Friday, 23 July 2010 11:03 )















