Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan
SMK Aminuddin Baki, Johor Bahru
Kami warga SMK Aminuddin Baki, Johor Bahru
dengan penuh tekad dan iltizam dan dengan berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta Wawasan 2020,
berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:-
- Menyediakan program Pengajaran dan Pembelajaran yang terbaik berasaskan Budaya Ilmu bagi memenuhi keperluan hidup murid-murid, masyarakat dan Negara.
- Menentukan proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
- Memberi peluang dan layanan yang sama kepada setiap pelajar tanpa mengira latar belakang bangsa, agama dan keturunan.
- Menggunakan Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan, canggih dan selaras dengan era globalisasi.
- Pengurusan yang cekap, pantas dan bijaksana.
- Menyediakan prasarana pendidikan yang selesa selaras dengan keperluan semasa.
- Berusaha meningkatkan kegemilangan dan martabat profesion keguruan.
- Memupuk budaya prihatin dan penyayang.
- Peka dengan kehendak dan keperluan pelanggan dan memberi perhatian serius terhadap setiap aduan pelanggan.
Last Updated ( Sunday, 24 January 2010 18:09 )















