Daftar Masuk
Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini71
mod_vvisit_counterSemalam39
mod_vvisit_counterMinggu Ini563
mod_vvisit_counterBulan ini332
mod_vvisit_counterKeseluruhan25246
Undian
Peratus Portal ini menepati Pekeliling ICT Bil 1 2008.
 
Sudut Sembang
Selamat Datang Ke Laman Sesawang SMK Aminuddin Baki Johor Bahru.Kami Mengalu-alukan Kunjungan Anda.Selamat Melayari Laman Sesawang Ini.....


Pada 20 Mac 2010 yang lalu,pihak kaunseling telah mengadakan Majlis Pelancaran Minggu Antidadah peringkat SMK Aminuddin Baki Johor Bahru.Majlis tersebut telah disempurnakan olen Yang Berusaha Tuan Pengetua Puan Hajah Syam Binti Haron,Pengetua SMK Aminuddin Baki JB.

Last Updated ( Tuesday, 11 May 2010 21:12 )

+ Baca Selanjutnya +

 
Pada 06 Mac yang lepas,Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki Johor Bahru telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah.Penceramah yang diundang ialah Al-fadhil Ustaz Dr. Azhar Bin Muhamad,Pengarah Masjid Sultan Ismail Universiti Teknologi Malaysia.

Last Updated ( Tuesday, 11 May 2010 21:11 )

+ Baca Selanjutnya +

 
Pada 06 Februari 2010 yang lepas,pihak sekolah telah mengadakan program larian sab kali ke-45. Larian sejauh 7km untuk peserta lelaki dan 6km untuk peserta perempuan. Terbahagi kepada 4 kategori iaitu A, bawah 20, B, bawah 18, C bawah 15 dan D 13 tahun. Larian bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir 2 jam kemudian.

Last Updated ( Tuesday, 11 May 2010 21:11 )

+ Baca Selanjutnya +

 
Pada 29 Januari 2010 yang lepas,pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki Johor Bahru telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah atas Kemangkatan DYMM Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail,Sultan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim.Majlis tersebut telah diketuai oleh Ustaz Mohd Kamal.Majlis tersebut diadakan dalam waktu membudayakan Al-Quran iaitu bermula jam 7.20 pagi hingga 8.00 pagi.Warga SABJB mendoakan

Last Updated ( Monday, 01 February 2010 21:01 )

+ Baca Selanjutnya +

 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada unit ICT Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti SMK Aminuddin Baki Johor Bahru atas Pelancaran Portal Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti SMK Aminuddin Baki Johor Bahru pada 25 Januari 2010.Majlis Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Aminuddin Baki Johor Bahru,Puan Hajah Syam Binti Haron.

Last Updated ( Monday, 25 January 2010 23:46 )

+ Baca Selanjutnya +

 
Sukacita dimaklumkan bahawa semua aktiviti kokurikulum termasuk sukan dan permainan peringkat sekolah,daerah ,dan negeri ditangguhkan selepas 29 Januari 2010 sempena perkabungan atas Kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail,Sultan Johor.Para guru,staf,dan murid juga digalakkan untuk berkabung selama 7 hari mulai 23 Januari 2010 sehingga 29 Januari 2010 seperti dalam arahan berkabung yang telah dititahkan oleh Duli Yang Amat Mulia Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar melalui YAB Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman.

Last Updated ( Tuesday, 26 January 2010 06:37 )

+ Baca Selanjutnya +

 

<< Start < Prev 1 2 3 Next > End >>

Pengumuman

Aktiviti Bulan Ogos :

7 Ogos 2010 :

Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SABJB

12- Ogos 2010 :

Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia

11 Ogos 2010 :

Cuti Awal Ramadhan 1431 H / 2010 M

Ucapan :

- Kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki Peperiksaan Percubaan Setara SPM,selamat menjawab dan bersungguh-sungguhlah ketika menjawab soalan tersebut.

- Selamat Menjalani Ibadah Puasa Dibulan Ramadhan Al-Mubarak Yang Mulia Ini. Semoga kita sama-sama Diberkati Oleh Allah S.W.T.

Peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) :
[05 Oktober 2010]

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) :
[22 November 2010]

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) :
[22 November 2010]
Muat Turun PIPP
Pautan Pendidikan
Akhbar Online
Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
Berapa Online
We have 1 guest online