Last Updated ( Monday, 01 February 2010 21:01 )
Last Updated ( Monday, 25 January 2010 23:46 )
|
Sukacita dimaklumkan bahawa semua aktiviti kokurikulum termasuk sukan dan permainan peringkat sekolah,daerah ,dan negeri ditangguhkan selepas 29 Januari 2010 sempena perkabungan atas Kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail,Sultan Johor.Para guru,staf,dan murid juga digalakkan untuk berkabung selama 7 hari mulai 23 Januari 2010 sehingga 29 Januari 2010 seperti dalam arahan berkabung yang telah dititahkan oleh Duli Yang Amat Mulia Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar melalui YAB Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman.
Last Updated ( Tuesday, 26 January 2010 06:37 )
Warga SMK Aminuddin Baki Johor Bahru,Johor ingin menyembah takziah atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail pada hari Jumaat,22 Januari 2010 M bersamaan 6 Safar 1431 H pada jam 7.15 minit malam.Sesungguhnya pemergian DYMM pada hari yang sangat baik iaitu pada hari Jumaat yang menjadi penghulu segala hari adalah bukti kasih sayang Allah kepada baginda atas pemerintahan baginda yang adil dan mendahulukan rakyatnya. Last Updated ( Monday, 01 February 2010 21:04 ) Pada 20 Januari 2010,SMK Aminuddin Baki Johor Bahru telah menerima beberapa orang pelawat dari Negara Jepun.Pelawat-pelawat tersebut terdiri daripada pelajar-pelajar dari sekolah tinggi negara tersebut.Pihak sekolah telah menyusun beberapa aktiviti dan persembahan kebudayaan bagi meraikan pelajar-pelajar dari negara matahari terbit itu.Antaranya ialah seperti persembahan kompang,persembahan silat,persembahan zapin,dan lain-lain. Last Updated ( Friday, 22 January 2010 21:33 ) Selasa, 19 Januari 2010, suatu ceramah motivasi telah diadakan di dewan terbuka SAB anjuran unit kaunseling. Program yang bermula pada jam 9 pagi hingga 12.30 tengahari itu diadakan khas untuk bakal-bakal calon yang akan menduduki peperiksaan SPM dan STPM pada tahun ini, iaitu pelajar tingkatan 5 dan Pra-U Atas. Ceramah yang bertajuk "Panduan Untuk Mencapai Cita-cita Anda" tersebut telah disampaikan oleh En. Rahim Bin Haron, yang merupakan Ketua Unit Kaunseling IPG Tun Hussein Onn. Diharapkan kepada semua pelajar yang terlibat telah mendapat manfaat daripada apa yang telah disampaikan oleh beliau.
Last Updated ( Tuesday, 19 January 2010 14:23 ) |














